Tuesday, August 25, 2009

Paling Sedih

Kiriman: Lilo_86

Leman, Robert dan Raju adalah ahli korporat yang berjaya. Ketiga-tiga mereka menghadiri satu seminar di sebuah hotel mewah 6 bintang di Kuala Lumpur. Mereka menyewa bilik paling tinggi.Tingkat 75!

Setelah selesai satu sesi seminar, mereka bertiga kembali ke bilik untuk berehat. Malangnya, mereka diberitahu lif rosak. Leman mencadangkan ketiga-tiga mereka menaiki tangga ke tingkat 75!. Semua bersetuju. Untuk mengelakkan rasa boring dalam perjalanan menaiki tangga, Robert memberitahu kedua orang rakannya bahawa dia akan menceritakan semua cerita lawak yang dia tahu pada 25 tingkat yang pertama. Leman akan menyanyi pada 25 tingkat yang kedua, Manakala Raju akan menceritakan cerita-cerita sedih pada 25 tingkat yang terakhir.

Robert pun memulakan cerita-cerita lawaknya. Sehingga tingkat yang ke 26, Leman pula mula menyanyi. Di tingkat 51, Raju pun memulakan cerita sedihnya.

Raju pun berkata: "Aku akan mulakan dengan cerita yang paling sedih". Kata Raju.

"Ceritakanlah", Robert dan Leman ingin tahu.

"Ceritanya begini: Apabila kita berada di tingkat 51 ini, baru aku teringat kunci bilik kita tertinggal atas meja seminar..he..he..sorry".

Robert dan Leman takleh nak cakap apa-apa...

0 comments:

Post a Comment