Tuesday, August 25, 2009

Paling Sedih

Kiriman: Lilo_86

Leman, Robert dan Raju adalah ahli korporat yang berjaya. Ketiga-tiga mereka menghadiri satu seminar di sebuah hotel mewah 6 bintang di Kuala Lumpur. Mereka menyewa bilik paling tinggi.Tingkat 75!

Setelah selesai satu sesi seminar, mereka bertiga kembali ke bilik untuk berehat. Malangnya, mereka diberitahu lif rosak. Leman mencadangkan ketiga-tiga mereka menaiki tangga ke tingkat 75!. Semua bersetuju. Untuk mengelakkan rasa boring dalam perjalanan menaiki tangga, Robert memberitahu kedua orang rakannya bahawa dia akan menceritakan semua cerita lawak yang dia tahu pada 25 tingkat yang pertama. Leman akan menyanyi pada 25 tingkat yang kedua, Manakala Raju akan menceritakan cerita-cerita sedih pada 25 tingkat yang terakhir.

Robert pun memulakan cerita-cerita lawaknya. Sehingga tingkat yang ke 26, Leman pula mula menyanyi. Di tingkat 51, Raju pun memulakan cerita sedihnya.

Raju pun berkata: "Aku akan mulakan dengan cerita yang paling sedih". Kata Raju.

"Ceritakanlah", Robert dan Leman ingin tahu.

"Ceritanya begini: Apabila kita berada di tingkat 51 ini, baru aku teringat kunci bilik kita tertinggal atas meja seminar..he..he..sorry".

Robert dan Leman takleh nak cakap apa-apa...

Sunday, August 23, 2009

Kamal Hensem Tangkap Pencuri

Kiriman: Mesot

Pukul 12.30 malam, Kamal bersiap untuk tidur. Sebelum menutup tingkap rumahnya, dia terperasan kelibat dua orang..

"Pencuri kot.." getus hatinya. Kamal terus menelefon polis.

"Encik Polis, saya nak buat laporan. Mengikut firasat saya, ada dua orang yang akan memecah masuk rumah jiran saya sekejap lagi!", lapor Kamal dengan suara yang tak berapa macho.

"Boleh caya ke?" jawab polis tu selamba. "Macam nilah.. Kereta peronda kami semuanya digunakan. Paling cepat kami boleh hantar anggota polis ke sana dalam masa 2 jam. Itu pun kalau ada polis yang nak ambik overtime. Bye.." Encik polis meletakkan gagang telefon.

Kamal mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.. Marah ler tu.. Tiba-tiba Kamal Hensem dapat satu idea. Dia call polis tu balik lalu berkata " Encik Polis, memandangkan encik polis tak nak layan saya, saya telah membuat tindakan sendiri. Saya telah menembak mati kedua-dua suspect itu...dan malangnya saya tertembak mati jiran saya jugak. Maklumlah...lama bebenor tak guna senapang nih."

Serentak dengan itu, kurang daripada 1 minit, 15 buah kereta peronda bersama Team CSI tiba di tempat kejadian..